Kualiti
BSL komited untuk membekalkan kontena dan peralatan luar pesisir bertaraf dunia yang sentiasa memenuhi, malah melangkaui, keperluan pelanggan serta piawaian kawal selia. Sistem Pengurusan Kualiti kami diperakui mengikut standard ISO 9001:2015 oleh DNV.
Dasar, manual dan prosedur kualiti yang komprehensif menjadi panduan bagi setiap peringkat reka bentuk, pembuatan, pemeriksaan dan penyelenggaraan kontena luar pesisir, Unit Kargo Khas (CCU), tangki, kontena reefer serta peralatan berkaitan. Audit dalaman yang dilaksanakan secara berkala, penilaian pembekal dan inisiatif penambahbaikan berterusan memastikan integriti produk, pematuhan terhadap piawaian industri serta prestasi yang boleh dipercayai sepanjang kitaran hayat peralatan di persekitaran luar pesisir.

Kesihatan & Keselamatan
Di BSL, keselamatan pekerja serta perlindungan aset merupakan keutamaan dalam setiap aspek operasi kami. Kami melaksanakan rangka kerja Kesihatan dan Keselamatan untuk memastikan risiko yang berkaitan dengan operasi pengangkatan, pengendalian kargo serta logistik luar pesisir dikenal pasti, diurus dan dikurangkan secara sistematik diseluruh operasi kami.
Rangka kerja BSL dibangunkan selaras dengan prinsip ISO 45001:2018, manakala Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan yang diperakui menjadi asas kepada pendekatan HSE yang diamalkan di seluruh kumpulan. Pasukan kami menerima latihan HSE secara berterusan, sesi toolbox talk serta panduan yang jelas mengenai prosedur kerja selamat, termasuk aktiviti pengangkatan, kerja di tempat tinggi dan pengendalian bahan berbahaya. Melalui pemantauan prestasi secara berterusan serta penyiasatan terhadap insiden dan kejadian nyaris (near miss), kami komited untuk mengurangkan risiko kecederaan di tempat kerja, kerosakan aset serta gangguan terhadap operasi.

Alam Sekitar
BSL komited untuk melaksanakan operasi secara bertanggungjawab terhadap alam sekitar dengan mematuhi perundangan yang berkuat kuasa serta mengamalkan amalan terbaik dalam industri minyak dan gas luar pesisir serta sumber tenaga yang boleh diperbaharui, termasuk projek angin luar pesisir. Kontena dan peralatan luar pesisir kami direka bentuk bagi memastikan jangka hayat perkhidmatan yang panjang serta menyokong penggunaan semula secara selamat bagi membantu pelanggan mengurangkan sisa dan impak terhadap alam sekitar.